Saturday 26 May 2012

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga kewangan perniagaan kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas dan menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan. Pemilik memohon pembiayaan sebanyak RM30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh ribu sahaja), dimana sebanyak RM 13,000 (Ringgit Malaysia sepuluh Ribu sahaja) adalah wang pemilik sendiri, jangka dapat membantu perniagaan agar merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetetif dengan kehendak pasaran. Disamping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta SLGKK (Skim Latihan dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan) untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan. Tempoh pembiayaan kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan
digunakan untuk beberapa tujuan berikut: -
(1) Membeli aset tetap RM 25,500
(2) Modal pusingan. RM 4,500