Saturday 26 May 2012

10.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP


Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat awal.

Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan NIDA LAUNDRY amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. NIDA LAUNDRY amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.