Saturday 26 May 2012

1.0 PENGENALAN


NIDA Laudry Enterprise bakal di wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2007. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2006 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan. NIDA LAUNDERY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan.