Saturday 26 May 2012

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN



6.1   Struktur Organisasi

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -

Nota : Bahagian pemasaran, operasi, pentadbiran dan kewangan akan diuruskan oleh pemilik sendiri.



6.2    Fungsi dan Tanggungjawab
NIDA LAUNDRY telah menyusun fungsi dantanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -

6.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam
segala aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu
juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi
perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan
pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah
ditetapkan atau SOP.

6.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.

6.2.2 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi pendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.

6.2.3 Bidang Tugas Pekerja
Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan berkembang maju.

6.3    Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.

6.4    Belanja Pengurusan
Bagi pengurusan,perniagaan ini menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti Jadual 2 di bawah.


6.5    Strategi Pengurusan
Operasi perniagaan dan juga kakitangan amat mustahak di dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti: -

6.5.1 Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat
mewujudkan pekerja yang bertanggungjawab dan
berdedikasi.
6.5.2 Ada hubungan yang baik diantara majikan dan pekerja
dan semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk
menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan berdaya
maju.
6.5.3 Memberi bonus berbentuk wang kepada pekerja setiap
tahun jika mendapat keuntungan.
6.5.4 Menjaga kebajikan pekerja, seperti sakit, kematian dan
masalah keluarga.