Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan
rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang meliputi aspek
pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga kewangan perniagaan
kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas dan
menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan. Pemilik memohon pembiayaan
sebanyak RM30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh ribu sahaja), dimana
sebanyak RM 13,000 (Ringgit Malaysia sepuluh Ribu sahaja) adalah wang
pemilik sendiri, jangka dapat membantu perniagaan agar merealisasikan
cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti
dan kompetetif dengan kehendak pasaran. Disamping itu, kertas kerja ini
disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta SLGKK
(Skim Latihan dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan) untuk
menamatkan program latihan galakan perniagaan. Tempoh pembiayaan
kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan
digunakan untuk beberapa
tujuan berikut: -
(1) Membeli aset tetap RM
25,500
(2) Modal pusingan. RM
4,500