Saturday 26 May 2012

10.0 JUSTIFIKASI DAN PENUTUP


Berdasar kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, perniagaan amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberi pulangan yang menguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas mendapat pembiayaan adalah amat konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan masih di peringkat awal.

Peniaga telah membuat kajian dan perancangan yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, perniagaan NIDA LAUNDRY amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan mampu berkembang di masa hadapan.

Diharap permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak institusi kewangan, kerana melalui cara ini sahaja perniagaan dapat dikembangkan. NIDA LAUNDRY amat berharap ia diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian daripada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPP) yang berjaya di negara ini.

9.0 ASPEK KEWANGAN


9.1    Kos Pelaburan Projek

9.2    Anggaran Aliran Tunai Dan Penyata Kewangan.
Oleh kerana premis ini merupakan sebuah perniagaan yang
baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan ini
mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -

9.2.1 Pembiayaan diperoleh dahulu sebelum kapasiti dapat
ditingkatkan.

9.2.2 Anggaran Aliran Tunai dan Prestasi Kewangan disedikan
selama 3 tahun selepas pembiayaan.

9.2.3 Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertundakurang 1 bulan.

9.2.4 Penyediaan Anggaran Penyataan Pendapatan mengambil
kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut
peratus susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10%
~ Aset Tetap – 20 %
~ Ubahsuai – 10%

8.0 PEMASARAN


8.1    Senarai harga bagi perkhidmatan

8.1.1 Perkhidmatan Cucian Biasa

8.1.2 Perkhidmatan Menggosok

8.1.3 Perkhidmatan Cucian kering

8.1.4 Karpet

Nota: Senarai harga perkhidmatan sepenuhnya ada dipamerkan di premis.
8.2    Kumpulan sasaran
8.2.1 Penduduk setempat
8.2.2 Pekerja kilang

8.3    Pasaran
8.3.1 Meliputi taman perumahan :
1) Nusa Idaman
2) Taman Bukit Indah
8.3.2 Kilang di sekitar Nusa Jaya.
8.3.3 Hospital swasta di sekitar Nusa Jaya
8.3.4 “Walk in“ pelanggan yang menyewa apartment hotel dan       
Chalet

8.4    Saiz Pasaran
Nusa Idaman dan Taman Bukit Indah terdapat melebihi
4,000 unit rumah. 70% daripada jumlah rumah kediaman,
adalah merupakan rumah kos sederhana keatas. Jika dikira
hitung panjang sebuah rumah 5 orang jadi penduduknya lebih
kurang 20,000. Jika 2000 (10%) orang menggunakan khidmat
dobi pada permulaan saiz pasaran dapat dijangkakan saperti
berikut: -

8.5    Pesaing
Tiada pesaing pada masa sekarang dan pesaing paling
hampir di Taman Perling dan Gelang Patah yang jauhnya lebih
kurang 5 km.

8.6    Syer Pasaran
Daripada saiz pasaran berjumlah RM 1,200,000 setahun,
syer pasaran dianggarkan seperti berikut:-

8.7    Strategi Pemasaran
8.7.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh NIDA Laundry bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -
1. Memberikan khidmat yang lebih cekap ,pantas dan tepat.
2. Memberikan profil perniagaan kepada semua pelanggan.
3. Mengedarkan pamplet dan broser.
4. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.
8.7.2 Lokasi
Lokasinya yang terletak di tepi jalan besar merupakan lokasi yang strategik bagi pelanggan untuk singgah serta menghantar dan mengambil pakaian.
Antara laluan yang utama bagi penduduk-penduduk di
taman berhampiran untuk menuju ke Johor Bahru.
8.5.3 Harga
Penetapan harga yang ditawarkan mengikut kadar
pasaran biasa yang ditetapkan pesaing-pesaing yang lain.

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL / PERKHIDMATAN


7.1    Lokasi Premis
Bangunan : Rumah kedai 2 tingkat
Luas lantai : 22 X 75
Buatan : Konkrit
Taraf Bangunan : Perniagaan
Hak Milik : Bebas
Nama Pemilik : Badarudin bin A.Wahab
Kos sewa : RM 2,000.00
Kedudukan tapak : Lot 138187,Nusa Idaman, Nusa Jaya,Johor Bahru.

7.2    Kemudahan Asas Premis
Premis ini terletak di kawasan perumahan. Pada kebiasaannya, setiap premis yang terletak di taman perumahan, kemudahan-kemudahan asas seperti telefon, air dan elektrik akan disediakan.

7.3    Mesin dan Peralatan yang Diperlukan
Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti jadual di bawah.
  
7.4    Kelengkapan Yang Diperlukan
Melalui pembiyaan kewangan yang dipohon peniaga memerlukan kelengkapan premis seperti di bawah:-

7.5    Senarai Pembekal

7.6    Carta Aliran Proses Kerja

7.7    Anggaran Pendapatan Bulanan
Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputi semua perkhidmatan yang diperolehi melalui proses perkhidmatan cucian seperti berikut:-

7.8    Cucian biasa

7.9    Strategi Perkhidmatan
Di antara strategi perkhimatan yang telah diatur oleh NIDA LAUNDY adalah saperti berikut:

7.9.1 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan
menangani segala masalah dan rungutan pelanggan
sebagai panduan untuk meningkatan lagi pengetahuan
dan kepakaran dalam bidang ini.
7.9.2 Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang
mampu disiapkan sahaja untuk menjaga kualiti dan
memastikan pelanggan menerima penghantaran pakaian
mengikut jadual yang di tetapkan serta dengan harga yang
berpatutan.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN



6.1   Struktur Organisasi

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut: -

Nota : Bahagian pemasaran, operasi, pentadbiran dan kewangan akan diuruskan oleh pemilik sendiri.



6.2    Fungsi dan Tanggungjawab
NIDA LAUNDRY telah menyusun fungsi dantanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -

6.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam
segala aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu
juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi
perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan
pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah
ditetapkan atau SOP.

6.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.

6.2.2 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi pendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.

6.2.3 Bidang Tugas Pekerja
Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan berkembang maju.

6.3    Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.

6.4    Belanja Pengurusan
Bagi pengurusan,perniagaan ini menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti Jadual 2 di bawah.


6.5    Strategi Pengurusan
Operasi perniagaan dan juga kakitangan amat mustahak di dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti: -

6.5.1 Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat
mewujudkan pekerja yang bertanggungjawab dan
berdedikasi.
6.5.2 Ada hubungan yang baik diantara majikan dan pekerja
dan semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk
menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan berdaya
maju.
6.5.3 Memberi bonus berbentuk wang kepada pekerja setiap
tahun jika mendapat keuntungan.
6.5.4 Menjaga kebajikan pekerja, seperti sakit, kematian dan
masalah keluarga.


5.0 SKOP PERNIAGAAN



5.1   Aktiviti Perniagaan

i) Cucian Kering
ii) Cucian basah
iii) Cuci karpet


5.2   Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada permerhatian pemilik, perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang
disekitar 5% pada tahun pertama dan akan meningkat pada tahun berturutnya antara 10% hingga 20% setahun. Melalui usaha yang yang berterusan khidmat yang ditawarkan sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Lokasi kedai yang terletak ditepi jalan merupakan kawasan yang strategic dan memberi kelebihan kepada premis kerana pelanggan dapat mengunjungi dengan mudah.


5.3   Nusa Jaya yang temasuk dalam pelan RMK 9 yang akan terlibat sama dalam projek menjadikan Johor Bahru sebagai Bandar Metropolitan. Dengan ini Nusa Idaman juga akan menerima tempiasnya pada amnya dan NIDA laundry khasnya.


4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK


Nama :


Jawatan :


Alamat tetap :


Alamat surat menyurat :


No. Telefon :


No. Kad Pengenalan :


Tarikh Lahir :


Bangsa / Agama : Melayu/Islam


Pengalaman Kerja : PEMBANTU MAKMAL, Jabatan Kimia, Johor.


Kursus dihadiri:


-Latihan Asas perniagaan Bil: 10/2006 pada 24hb hingga 28/4/06

-Skim Latihan Dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan untuk mencebur dlm
Perniagaan 2006 pada 15hb. Mei -15hb. Sept.2006



Anjuran : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan MARA





3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN



Nama Perniagaan :  NIDA LAUNDRY ENTERPRISE


Alamat Berdaftar : Bandar Nusa Idaman, Johor Bahru, Johor.


Alamat Operasi : -sama-


No. Daftar Perniagaan : Dalam proses


Tarikh Pendaftaran : Dalam proses


Tarikh Mula berniaga : 2007 (Jangkaan akan bermula)


Aktiviti Perniagaan : Milikan Tunggal


Modal Awal : RM 13,000


Pemilik :


No. K/P :

2.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga kewangan perniagaan kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas dan menilai potensi perniagaan yang akan dijalankan. Pemilik memohon pembiayaan sebanyak RM30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh ribu sahaja), dimana sebanyak RM 13,000 (Ringgit Malaysia sepuluh Ribu sahaja) adalah wang pemilik sendiri, jangka dapat membantu perniagaan agar merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetetif dengan kehendak pasaran. Disamping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta SLGKK (Skim Latihan dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan) untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan. Tempoh pembiayaan kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan
digunakan untuk beberapa tujuan berikut: -
(1) Membeli aset tetap RM 25,500
(2) Modal pusingan. RM 4,500

1.0 PENGENALAN


NIDA Laudry Enterprise bakal di wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2007. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2006 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi. Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan. NIDA LAUNDERY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan.